Senarai Blog Saya

Cari Blog Ini

Ahad, 13 Februari 2011

ASAS PEMASARAN

 9 VISI WAWASAN 2020 MALAYSIA
 1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2.  Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.

3.  Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,
 yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang
 mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh
menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adatkebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologitetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.


Contoh visi dan misi syarikat di malaysia


CONTOH  : 1
Visi PUSAT HEMODIALISIS SEROJA SDN BHD (PHSSB)

adalah untuk muncul sebagai sebuah entiti milik 100% bumiputera yang berdaya saing dan komited dalam menyediakan perkhidmatan rawatan dan khidmat nasihat didalam bidang rawatan hemodialisis secara profesional.
      1.   Menyediakan persekitaran rawatan yang bersih dan selesa kepada pesakit disamping layanan dan perkhidmatan yang berkualiti.

2. Menyediakan barisan pekerja yang mahir, mesra pelanggan dan berpengalaman luas didalam rawatan dan khidmat nasihat hemodialisis.

3. 
Menyediakan khidmat rawatan dan kaunseling dari pihak pakar nephrology kepada pesakit dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan kesihatan pesakit yang menjalani rawatan.

4.
  Membentuk jaringan kerja dengan agensi-agensi dan syarikat-syarikat yang memainkan peranan penting didalam industri rawatan hemodialisis ini didalam usaha mempertingkatkan kualiti dan mutu rawatan  yang ditawarkan kepada pesakit.

CONTOH  : 2

 Visi Wahida Incorporated SDN BHD adalah :
 Menjadikan produk jenama HAYAT terkenal sebagai produk halal 
 Berkualiti di peringkat nasional dan antarabangsa.  



Misi Wahida Incorporated Sdn Bhd adalah untuk:
1.Menjadi syarikat yang menyokong industri halal
2.Mengetengahkan produk Muslim 
3.Mampu bersaing dalam dunia  perniagaan global.
 
PERSEKITARAN DEMOGRAFI.??

Demografi berkait rapat dengan saiz, lokasi, kepadatan, umur, jantina, kelas sosial dan lain-lain ciri kependudukan seperti bangsa, pekerjaan serta statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah negara atau kawasan.
Persekitaran demografi ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan , produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya.



SOALAN: 1



Apakah kaitanya persekitaran demografi dengan sesuatu produk yang Ingin dikeluarkan oleh sesebuah
syarikat.?
Huraikan…..

Mengapa elemen  demografi penting untuk dinilai sesebuah syarikat sebelum mengeluarkan produk.?

Elemen persekitaran demografi pertama:

Saiz lokasi/kepadatan

Contohnya di kawasan Lembah Klang populasi penduduk adalah ramai berbanding dengan di Utara Malaysia sebab Lembah Klang merupakan kawasan tumpuan ramai yang kaya dengan sumber-sumber ekonomi seperti perkilangan dan pertanian.justeru itu, golongan belia adalah ramai dan kuasa beli akan menjadi semakin besar.
Makaproduk yg dikeluarkan harus bersesuaia

Elemen persekitaran demografi ke-2:

Umur /jantina

Contohnya penduduk luar  dan pinggir bandar
pada masa ini telah dihuni oleh sebilangan besar
warga berusia dan terdiri daripada kebanyakannya
wanita. 
Maka ..perkaitan persekitaran demografi dengan
           pengeluaran produk ….mestilahyg       memenuhi keperluan golongan terbabit

Elemen persekitaran demografi ke-2:

Kelas sosial an kependudukan

#Contoh kelas sosial disini adalah jurang perbezaan miskin Kaya, yg dibezakan
Berdasarkan sumber pendapatan penduduk itu sendiri.
#Kependudukan pula berhubung dengan tempat tinggal/kawasan /Geogerafi sesebuah penduduk.
Cth: taburan penduduk di daerah Beluran berkelompok dan hanya tertumpu di kawasan pusat-pusat kampong.
      :elemen kependudukan juga berhubung dengan corak kebudayaan,sosial dan ekonomi.
Sosial.bilangan jantina,bangsa;kebudayan.seperti perayaan yg dirayakan di sesebuah kawasan,daerah;ekonomi.jenis pekerjaan.
Jadi: bagaimana perkara tersebut berkait dengan tajuk yg saya bentangkan?.iaitu Apakah kaitanya persekitaran demografi dengan sesuatu produk yang Ingin dikeluarkan oleh sesebuah
syarikat.?

Kesimpulan:

Kefahaman kita terhadap persekitaran demografi membolehkan kita sebagai pengurus Kelak akan dapat menghasilkn/mengeluarkan produk/perkhidmatan
Yang menepati citarasa pengguna di setiap kawasan yang berlainan.

Rizuddinnano blog.