Senarai Blog Saya

Cari Blog Ini

Isnin, 3 Januari 2011

kawan karib.

  Perkataan kawan karib bermakna kawan yg terdekat dan  rapat dengan anda atau seseorang individu. Pergi ke mana sahaja bersama,minum bersama,makan bersama,dalam semua hal bersama,pendek kata tidak lengkap hidupnya jika tidak berhubungan dengan kawan karibnya setiap waktu atau dalam sehari untuk mengajukan pelbagai perkara.Maka,itu la yang dikatakan kawan karib namanya...
  Bila namanya kawan karib maka mestilah ia baik-baik belaka sahaja dan ada pun yang buruk itu tidaklah terlalu serius dan menonjol dan kesudahan daripada keujudan perkara buruk dalam berkawan karib akan meletakkan lagi perhubungan mereka itu ke tingkat yg paling kukuh seterusnya silaturrahim antara mereka terjalin dengan eratnya sehingalah keusia senja mereka dan keakhir hayat malahan jika diberkati oleh ALLAH SWT keakraban mereka berada di dunia membawa pertalian itu keakhirat.

  Semua yang diatas adalah mengenai kawan baik atau kawan karib tetapi sebaliknya pula dengan kawan yang kurang baik atau kurang adap,didikan,tatasusilanya terhadap manusia sekelilingnya.Banyak ragam dan karenah bagi kawan yg baik apatah lagi bagi kawan yg kurang baik.

  Kawan baik membawa kearah kejayaan bersama sebaliknya pula bagi kwan yang jahat.

  Apabiala kawan yang satu berada diatas kemuncak kejayaan kerianya maka kawan karibnya juga akan mengecapi bersama
 kebahagiaan itu.







  apa apa pun lu pikir la senri...-kata nabil.