Senarai Blog Saya

Cari Blog Ini

Jumaat, 1 April 2011

cinta pada pasangan cinta pada Allah swt.

 salam...hari ini ramai yg saling berpasang2an antara kita, mkin tidak kira la klo perkara ne dilakukan oleh bukan beragama islam kerana meka tidak tau apa yg org islam tahu. Sebab  mereka tidak diberi pengetahuan dan petunjuk yg jelas dalam al-quran ...


tp biasalah selalunya org yg tahu akan terima ujian 'Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.
   




 sungguh mencintai allah tinggi darjadnya namun di sebalik itu tinggi ganjaran dan pahala dikemudian hari..untuk mencapai ganjaran itu pula terpaksa melalui pelbagai ujin demi ujian untuk dinilai sejauh mana penyaksian kita terhadap allah itu benar2 kita perjuangkan atau kalah ,dan tersungkur..


  Firman Allah:
"Katakanlah kepada orang-orang mu'min laki-laki: hendaklah mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya; karena yang demikian itu lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha meneliti terhadap apa-apa yang kamu kerjakan. Dan katakanlah kepada orang-orang mu'min perempuan: hendaknya mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya, dan jangan menampak-nampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya, dan hendaknya mereka itu melabuhkan tudung sampai ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suaminya atau kepada ayahnya atau kepada mertuanya atau kepada anak-anak laki-lakinya atau kepada anak-anak suaminya, atau kepada saudaranya atau anak-anak saudara laki-lakinya (keponakan) atau anak-anak saudara perempuannya atau kepada sesama perempuan atau kepada hamba sahayanya atau orang-orang yang mengikut (bujang) yang tidak mempunyai keinginan, yaitu orang laki-laki atau anak yang tidak suka memperhatikan aurat perempuan dan jangan memukul-mukulkan kakinya supaya diketahui apa-apa yang mereka rahasiakan dari perhiasannya." (an-Nur: 30-31)

   
   "saya sunyi nak cari teman untuk meghilangkan kesunyian tu"...maka kesunyian yg tidak diisi dengan keimanan kepada allah akan meletakkan dirinya ke lembah kemaksiatan dengan mencari pasangan. 'couple'...beb...!glamer la konon ada awek...!!populer...!!..budaya ini bermula di peringkat persekolahan setelah keinginan keremajaan mula berkembang dan keinginan untuk menerokai dunia baru...cinta monyet la katakan..pada peringkat ini ramai akan mengatakan benda ne tidak seriaus dan mkin ada juga yg tergamak mengatakannya x salah...x tau sapa la tu...harap2 tidak ada la..tp yg pastinya perkara ne akan mejadi ledakan budaya yg sama sekali diluar daripada pengajaran matlamat al-quran...


Surah Al-Israa’(1 7) ayat 32: “Dan janganlah
kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” 



budaya couple adalah jalan yg mendekatkan kita pada zina..
    Bagi anak2 yg masih belajar semua ini hanya pembaziran wang mak dan ayah...sms berkali2 asyik2 topup...gayut memanjang...tu belum belanja keluar makan bersama lg..dan lain2..
    
    oleh itu bagaimanakah jalan yang patut dilalui oleh seorng muslimin dan muslimat dalam mencari pasangan hidup:?
Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an yang bermaksud :

"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal di antara satu dengan yang lain , bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ".



Jelas ayat ini tidak melarang jika ingin mengenali seseorang(berkenalan).




   Jika nak kawan tanamkanlah matlamat perkenalan dan berkawan itu dipenghujungnya dengan niat nak kahwin.walaupun jodoh itu adalah takdir allah dan tiada sesiapa yang mengetahuinya namun usaha perlu kita sendiri yang gerakkan dan selepas itu barulah bertawakal. 


     BERCOUPLE:
    Berpasangan dan pergaulan bebas akan meninggalkan sisa kemaksiatan pada kedua2 pasangan dan akibatnya akan merebak pada orang lain atau pasangan baru jika pasangan yang pertama tadi tidak dapat diteruskan kerana matlamat mereka cuma berpasangan "couple" .akibatnya budaya kebiasaan maksiat dengan berdating berpegang tangan dan byk lagi menjadi perkara biasa dalam sesebuah masyarakat.
   
Dengan memilih pasangan yg baik2,berkenalan dan akhirnya memilih jalan untuk berkahwin akan menyelamatkan ramai umat islam dari tipu helah syaitan dan nafsu...namun perkara ini sukar dilaksanakan jika diantara mereka tidak ada kejujuran yg sama2 membuat perjanji setelah berpuas hati dengan personaliti masing2. jika antara mereka telah berjanji nak kahwin dan hubungan mereka diteruskan dan tidak melanggar batas2 yg telah ditetapkan mkin ini boleh dikatakan adalah proses perkenalan sebelum melangsungkan pernikahan yang sah.


    sebalik itu jika diantara mereka ada rasa tidak berpuas hati dan menginginkan lain dari apa yang ia perolehi sepatutnya ia pantas memutuskan perhubungan itu kerana ia akan mengundang ketidakadilan disebelah pihak..perhubungan(berpasangan) dengan wanita tidak boleh dilakukan jika matlamat hendak kahwin itu di cemari oleh perkara2 yang menyebabkan matlamat itu akhirnya tidak tercapai..